Polygon Labs mengumumkan bahawa ia akan mengurangkan bilangan pekerja sebanyak 20%, mengikuti syarikat-syarikat besar kripto yang lain seperti Coinbase.Dalam masa yang sama, mereka menyatakan bahawa syarikat itu masih mempunyai kewangan yang teguh.
Sementara itu, pemberhentian kerja berlaku sejurus selepas firma itu menggariskan rancangan pada akhir 2022 untuk mengambil lebih ramai pekerja.
Berdasarkan laporan terkini yang dikeluarkan pada hari ini, Polygon Labs memaklumkan pengurangan pekerja sebanyak 20% menjejaskan 100 jawatan pekerjaan. Sebahagian daripada pengumuman itu menyatakan bahawa :
” Awal tahun ini, kami menggabungkan beberapa unit perniagaan di bawah Polygon Labs. Sebagai sebahagian daripada proses ini, kami berkongsi berita sukar bahawa kami terpaksa mengurangkan pasukan kami sebanyak 20% yang memberi kesan kepada berbilang pasukan dan kira-kira 100 kedudukan. Ini adalah keputusan yang sangat sukar, tetapi langkah yang perlu dalam perjalanan kami.”
Firma itu menambah bahawa pekerja yang terjejas oleh pemberhentian pekerja akan dibayar pampasan pemberhentian tiga bulan “tanpa mengira pangkat atau tempoh mereka di Polygon Labs.”
Sementara itu, perkembangan terbaru dikeluarkan empat bulan selepas Polygon Labs menyatakan ia merancang untuk mengambil lebih ramai pekerja. Ternyata, perkara yang sebaliknya berlaku.
Menurut jurucakap firma itu Bhumika Srivastava, Polygon menyasarkan untuk menambah 200 orang kepada tenaga kerjanya menjelang akhir 2022, yang mewakili pengembangan sebanyak 40%.
Oleh itu, Polygon Labs menjadi organisasi kripto terbaharu untuk mengurangkan bilangan pekerjanya sejak permulaan pasaran beruang tahun lepas. Beberapa nama yang paling terkenal untuk berbuat demikian ialah Coinbase, Kraken, Crypto.com, Blockchain.com, antara lain.