Terbitan data indeks harga pengeluar (PPI) Amerika Syarikat (AS) pada sesi New York semalam telah mendorong pengukuhan ke atas mata wang US dolar.
Bacaan data PPI untuk bulan Januari yang meningkat mengatasi ramalan semakin menyokong jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) mengekalkan langkah pengetatan dasar untuk tempoh lebih lama.
Kenyataan Presiden Fed Cleveland Loretta Mester yang hawkish turut menjadi tumpuan pasaran apabila beliau melihat kenaikan kadar faedah akan masih diteruskan dan Fed mungkin tidak akan buat pemotongan kadar faedah tahun ini.
Walaupun tidaklah menunjukkan pergerakan yang ketara dalam pasaran, namun masih melihatkan US dolar bergerak lebih kukuh berbanding mata wang utama yang lain.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-usd-meroket-disokong-ppi-fed-172
Carta harga pasangan mata wang EUR/USD menyaksikan harga gagal untuk berada di atas paras 1.07000 yang menjadi rintangan buat harga pada dagangan Khamis semalam.
Penurunan kembali mencecah paras sokongan semasa sekitar 1.06600 di sesi New York dan bersambung pada sesi Asia pagi ini (Jumaat).
Kekal memberi isyarat pergerakan bearish, harga terus berlegar di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan di carta EUR/USD.
Penurunan lanjut akan dijangkakan lebih rendah menuju pula paras 1.06000 untuk catatkan paras terendah terbaru 6 minggu.
Menembusi paras tersebut memungkinkan harga mencecah sehingga ke sekitar 1.05000.
Namun, perubahan arah harga di penghujung minggu ini boleh berlaku menyaksikan lonjakan semula di sesi-sesi akhir.
Sekiranya melepasi paras 1.07000 dan halangan MA50, kenaikan bakal diteruskan menuju pula rintangan pada 1.08000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG