- Pelabur emas bersikap berjaga-jaga disebabkan tekanan geopolitik sekatan pelaburan Amerika-China.
- Harga emas dilihat berada di dalam keadaan “Bearish” berdasarkan “Technical Setup” di “Daily Chart”
Data “U.S Consumer Price Index” Menjadi Tumpuan
Pada sesi jualan Hongkong dan Mumbai, harga emas dilihat sedang cuba untuk memulih daripada paras harga $1914 hari ini. Jangkaan data CPI malam ini dilihat kadar inflasi dijangka meningkat kepada 3.3% berbanding 3.0% pada Jun yang lepas. Manakala data Core CPI tahunan dijangka kekal 4.8%.
Jangkaan “Crowd Response” Data CPI
Jika pengeluaran data inflasi CPI pada malam ini dilihat memberikan kejutan terhadap “peningkatan” kadar inflasi, maka sentiment pasaran bakal menjangkakan “FED” berpotensi untuk menaikkan kadar faedah. Sekaligus, memberikan impulse “Bullish” terhadap harga indeks US Dollar (DXY) dan US Treasury Bond Yields. Secara tidak langsung memberikan tekanan “Bearish” terhadap harga emas di mana $1900 bakal diuji.
Analisa Teknikal : “Daily Chart”
Berdasarkan analisa teknikal di “Daily Chart”, harga emas masih lagi berhadapan terhadap risiko “Bearish”. Jika pengeluaran data CPI seperti yang dijangka, tekanan jualan akan berlaku sekaligus menguji paras harga $1900. Namun jika pengeluaran data sebaliknya, ia dilihat mampu menyelamatkan harga emas daripada terus menjatuh. $1930 akan diuji dan berpotensi untuk pulih sehingga paras $1950.
Log Masuk/Daftar Akaun Saracen Markets Dan Dapatkan Akses Dokumen MARKET OUTLOOK Yang Menjadi Rujukan Institusi Dan Pedagang Profesional. Log Masuk Sekarang – KLIK DI SINI