[Analisa tajaan oleh Saracen Markets]
Harga emas dilihat telah mencapai harga tertinggi setakat ini untuk Julai 2023 direkodkan pada paras harga 1963 pada sesi Eropah hari ini. Pengeluaran data CPI semalam telah memberikan kesan sentiment terhadap pasaran Emas. Pasaran menjangkakan FED akan menghentikan kenaikan kadar faedah pada pengumuman 27 Julai 2023 nanti dan telah menyebabkan indeks dollar menyusut ke paras terendah bagi tahun 2023.
Laporan PPI & Inital Jobless Claims Menjadi Tumpuan
Para pelabur menantikan laporan “Producer Price Index” (PPI) dan data pasaran buruh “Initial Jobless Claims” pada malam ini dimana dapat memberikan bukti dan gambaran yang lebih kukuh terhadap keadaan inflasi di Amerika Syarikat. Sekaligus dapat menjangkakan tindakan susulan FED nanti.
Teknikal Analisa Emas : “Daily Chart”
Harga tumpuan para pelabur ketika ini pada paras $1962 – $1969. Sebarang impak positif terhadap Indeks Dollar pada pengeluaran data malam ini, mampu menekan harga emas terus jatuh dari paras harga di atas kepada paras $1922. Jika paras $1922 tidak bertahan, harga mampu mencapai sehingga $1900.
Log Masuk/Daftar Akaun Saracen Markets Dan Dapatkan Akses Dokumen MARKET OUTLOOK Yang Menjadi Rujukan Institusi Dan Pedagang Profesional. Log Masuk Sekarang – KLIK DI SINI