US dolar telah memaparkan prestasi cemerlang sepanjang minggu lalu dengan beberapa faktor yang dilihat menyokongnya untuk kekal bergerak kukuh.
Namun situasi sedikit berubah di penghujung minggu apabila US dolar dilihat mula melemah pada penutup dagangan sesi terakhir.
Ini disebabkan reaksi pasaran terhadap kenyataan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell yang menyatakan bahawa bank pusat berkemungkinan tidak perlu untuk menaikkan kadar faedah disebabkan faktor semasa.
Kenyataan tersebut telah melenyapkan persepsi ahli-ahli Fed lain yang ada menyatakan bahawa Fed langkah pengetatan dasar masih belum berakhir.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/powell-punya-pasal-usd-tersungkur
Dapat diperhatikan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga pada mulanya telah memaparkan penurunan sepanjang minggu hingga akhirnya mencecah paras terendah terbaru 7 minggu sekitar 1.07600.
Namun, berlaku lantunan di sesi New York Jumaat lalu menyaksikan harga kembali melepasi semula paras 1.08000.
Turut memberi isyarat awal untuk perubahan trend, harga telah melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan di carta EUR/USD tersebut.
Pergerakan perlahan menyambung pembukaan sesi Asia pagi ini (Isnin) di atas zon 1.08000 tersebut.
Sekiranya kenaikan diteruskan minggu ini, zon 1.09000 dilihat akan menjadi zon terhampir yang bakal diuji.
Tembus lebih tinggi akan mendorong harga mencapai semula paras tumpuan sebelum ini iaitu pada 1.10000.
Namun jika harga kembali dibenam di bawah paras 1.08000, berkemungkinan trend bearish harga minggu lalu akan diteruskan lagi.
Penurunan harga yang melepasi paras terendah 1.07600 sebelum ini akan mensasarkan paras seterusnya yang berada sekitar 1.07000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG