Dolar Australia menunjukkan reaksi yang menarik pada sesi Asia sebentar tadi dengan tumpuan pasaran terarah kepada terbitan laporan data pekerjaan Australia.
Meneliti laporan, ekonomi kehilangan 4,300 pekerjaan yang dicatatkan bagi bulan April berbanding ramalan untuk pertambahan sebanyak 24,800.
Menambah lagi kebimbangan adalah kadar pengangguran yang melonjak ke paras 3.7%, berbanding untuk kekal di paras 3.5%.
Kemerosotan pada laporan pekerjaan terbaru di Australia dilihat akan menjejaskan pengetatan dasar monetari oleh Reserve Bank of Australia (RBA).
Bank pusat itu mengejutkan pasaran dengan menaikkan kadar faedah pada mesyuarat terbaru awal Mei lalu berbanding ramalan untuk kadar dikekalkan.
Meneliti carta harga pasangan mata wang AUD/USD, harga telah menunjukkan penurunan semula setelah kenaikan di awal minggu mencapai zon 0.67000.
Pergerakan harga sedikit mendatar semalam dengan paras terendah harian sekitar 0.66300 dan paras ketinggian pula pada 0.66700.
Harga yang bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD menandakan isyarat untuk pergerakan bearish masih dikekalkan.
Menguji paras halangan tersebut di sesi Asia pagi ini, harga ditekan turun susulan reaksi terhadap laporan pekerjaan Australia yang diterbitkan.
Penurunan lebih rendah jika diteruskan pada sesi-sesi berikutnya dilihat akan menuju zon 0.65700 hingga 0.66400.
Mencecah zon tersebut akan mencatatkan paras terendah terbaru harga 3 minggu.
Namun jika lonjakan kembali terjadi, harga yang melepasi halangan MA50 akan menuju semula ke zon 0.67000 setelah memberi isyarat awal untuk perubahan trend bullish.
Kenaikan yang diteruskan akan menuju 0.67500 sebelum mencapai semula ketinggian pada minggu lalu hampir 0.68200.
Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG