“BUSD pula jadi mangsa, adakah lepas ni USDT pula?”
Selepas menyerang syarikat exchanger mata wang kripto Kraken, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) menyaman Paxos Trust Company, penerbit Binance USD (BUSD) stablecoin ketiga terbesar di dunia.
Kakitangan penguatkuasa SEC mengeluarkan atau notis Wells* kepada Paxos berkenaan penguatkuasaan yang bakal dikenakan terhadap syarikatnya dalam tempoh terdekat ini atas kesalahan mengeluarkan BUSD secara tidak berdaftar.
Namun begitu, masih tidak jelas sama ada notis SEC secara khusus tentang pengeluaran mahupun penyenaraian BUSD ataupun kedua-duanya sekali.
Menurut wakil syarikat Paxos, mereka tidak akan mengulas isu itu namun Binance berkata bahawa BUSD sedang berada dalam proses untuk dikeluarkan oleh syarikat tersebut yang telah melesenkan jenamanya.
Binance juga menjelaskan kedudukan pasarannya dengan menyebut bahawa BUSD adalah antara stablecoin yang paling telus.
Menerusi notis Wells, Binance boleh memberi maklum balas kepada SEC untuk menjelaskan mengapa ia tidak perlu meneruskan tuntutan mahkamah tersebut yang memerlukan pengundian oleh lima pesuruhjaya agensi jika ingin selesaikan isu itu.
Walaupun SEC tidak mengambil sebarang tindakan keras terhadap stablecoin, mereka kini berhasrat untuk meningkatkan pengawasannya dalam pasaran pada setiap hari.
Sementara Jabatan Perkhidmatan Kewangan Negeri New York (NYDFS) pada minggu lalu turut didapati menyiasat Paxos berhubung kebimbangan mengenai pengeluaran BUSD, di mana mereka ingin memahami kelemahan dan risiko kepada pengguna dan syarikat itu.