Pergerakan pasaran perlahan di awal minggu dengan pelabur meneliti reaksi US dolar terhadap kenyataan bernada dovish oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell minggu lalu yang melemahkan raja mata wang itu.
Tidak menyambung penyusutan sebaliknya US dolar sedikit mengukuh apabila pasaran memberi perhatian kepada kenyataan oleh Presiden Fed St. Louis James Bullard yang mengatakan bank pusat masih lagi perlu menaikkan kadar faedah beberapa kali lagi tahun ini.
Selain itu, pelabur juga berwaspada memantau perbincangan siling hutang Amerika Syarikat (AS) yang belum lagi mencapai persetujuan sepenuhnya.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/ketahui-arah-usd
Memantau pergerakan harga di carta pasangan mata wang EUR/USD semalam, harga mendatar sepanjang hari di atas paras 1.08000 selepas US dolar dilihat tidak meneruskan penyusutan.
Selain itu, harga juga meniti di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD, masih diperhatikan pelabur untuk petunjuk pergerakan selanjutnya.
Sekiranya lonjakan berjaya dilakukan, harga akan menuju ke zon 1.09000 untuk menguji rintangan tersebut sebelum menyambung kenaikan ke paras yang lebih tinggi.
Seterusnya, kenaikan yang diteruskan dijangka untuk mencapai semula paras sasaran 1.10000.
Namun jika harga memaparkan terjunan semula di bawah paras 1.08000, akan menjadi isyarat buat pelabur untuk harga menyambung pergerakan trend bearish sebelum ini.
Penurunan lanjut yang diteruskan berkemungkinan akan melepasi paras terendah minggu lalu sekitar 1.07600.
Selanjutnya, harga akan mencecah ke paras tumpuan sekitar 1.07000 untuk catatkan paras terendah terbaru 9 minggu.
Pelabur akan meneliti bacaan data PMI pembuatan dan perkhidmatan Eropah dan AS sebentar lagi yang bakal mempengaruhi pergerakan harga.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG