US dolar mengekalkan pengukuhan sehingga ke penghujung minggu lalu memberi gambaran untuk pergerakan pada minggu ini bagi mengakhiri dagangan bulan Februari.
Pada Jumaat lalu, terbitan data perbelanjaan peribadi pengguna di Amerika Syarikat (AS) yang memberangsangkan turut mengekalkan pengukuhan US dolar sebelumnya.
Selain data pesanan barangan tahan lama, data tinjauan pembuatan dan perkhidmatan AS pula akan diberikan tumpuan pada minggu ini.
Dengan mencatatkan peningkatan mingguan terbesar sejak September 2022, US dolar juga turut paparkan pengukuhan ke paras tertinggi 7 minggu.
Oleh itu, kebanyakan mata wang utama yang lain tidak dapat menahan asakan tekanan oleh pengukuhan US dolar tersebut.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/dominasi-usd-benam-matawang-utama
Seperti carta harga pasangan mata wang EUR/USD, paras terendah terbaru 7 minggu dicatatkan dengan penurunan mencecah sekitar 1.05350.
Pergerakan harga kekal menyusur di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut menunjukkan trend kekal bearish.
Jika tiada perubahan pada situasi pasaran minggu ini, harga berkemungkinan akan melanjutkan lagi penurunan menuju sasaran terbaru pada zon support 1.05000.
Namun corak pergerakan harga boleh berubah jika terdapat faktor-faktor baru yang muncul dalam pasaran.
Kenaikan harga boleh berlaku dengan halangan MA50 dan paras 1.06000 akan menjadi tumpuan untuk diuji sebagai rintangan awal.
Jika berjaya melepasi, bakal menjadi petunjuk awal perubahan trend harga dengan kenaikan bakal diteruskan menuju paras rintangan pada 1.07000 pula.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG