Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD agak berkecamuk pada Selasa semalam dengan turun naik harga yang dipaparkan.
Setelah mendatar di sesi Asia, harga telah mula menjunam di awal sesi Eropah susulan reaksi terhadap penerbitan laporan data pekerjaan UK dengan memaparkan angka yang suram.
Kadar pengangguran yang dijangka kekal di paras 3.8% telah meningkat kepada 3.9% selain jumlah tuntutan faedah pengangguran jika melonjak hingga 46,700 mengatasi ramalan yang lebih rendah.
Setelah harga dilihat menjunam ke paras 1.24700, harga telah melantun semula 70 pips ke ketinggian sekitar 1.25400.
Kemudian, pengukuhan US dolar telah menekan semula harga turun ke bawah zon 1.25000 di sesi New York.
Beberapa faktor dilihat sedang menyokong pengukuhan US dolar ketika ini selain data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan semalam juga menunjukkan peningkatan positif bagi bulan April.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/usd-kuat-emas-susut-bwah-2000
Harga perlahan di sekitar 1.24800 sehingga bersambung pada pembukaan awal sesi Asia pagi ini (Rabu).
Pergerakan harga yang telah berada semula di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu menambah kecenderungan untuk harga menyambung corak penurunan lebih rendah.
Sekiranya harga menyambung penurunan, paras terendah pada permulaan awal minggu sekitar 1.24500 akan diatasi sebelum harga catatkan paras terendah terbaru.
Sasaran adalah untuk harga menuju paras tumpuan seterusnya pada 1.24000 dan berkemungkinan harga boleh susut lebih rendah meneruskan pergerakan trend bearish.
Sebaliknya jika harga melonjak semula di atas paras 1.25000 dan turut melepasi halangan MA50, ini akan menjadi isyarat awal bagi perubahan trend bullish semula.
Kenaikan akan diteruskan menguji ketinggian semalam sebelum menyambung pendakian ke paras rintangan berikutnya pada 1.26000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG