Tepati ramalan penganalisis, pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD terus melanjutkan lagi corak penurunan di awal minggu ini.
Dengan faktor dasar monetari oleh kedua-dua bank pusat Federal Reserve (Fed) dan Bank of England (BOE) selepas isyarat pada mesyuarat minggu lalu, pelabur mengekalkan jangkaan terhadap kedua-dua mata wang US dolar dan Pound.
Pound akan terus didagangkan suram manakala US dolar bakal terus mendominasi jika tiada sebarang faktor lain yang mempengaruhi.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/usd-meroket-gold-jatuh#t=0:00
Pada carta GBP/USD, harga menepati jangkaan untuk menghampiri paras 1.22000 yang menjadi support semasa buat harga.
Penurunan yang diteruskan pada dagangan awal minggu itu semalam menyaksikan harga catat paras terendah terbaru 6 bulan.
Dengan pergerakan di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu yang menjadi isyarat bearish buat harga, pelabur melihat kecenderungan untuk harga terus mengalami penurunan lebih rendah lagi.
Selepas melepasi support semasa pada 1.22000, penurunan bakal dilanjutkan menuju sekitar 1.21000 sebagai sasarn tumpuan selanjutnya.
Kali terakhir harga didagangkan di paras itu adalah sejak Mac yang lalu sebelum lonjakan berterusan sehingga Julai.
Namun, tidak mustahil untuk harga berubah arah membuat kenaikan semula selepas ini sekiranya terdapat faktor yang mempengaruhi reaksi para pelabur dalam pasaran.
Kenaikan harga yang melepasi halangan MA50 menjadi petanda awal untuk perubahan trend berlaku.
Kenaikan bakal menuju paras 1.23000 untuk menguji rintangan terhampir itu sebelum melanjutkan pendakian lebih tinggi ke zon tumpuan minggu lalu, 1.24000 semula.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG