Carta harga pasangan mata wang GBP/USD menyaksikan terjunan harian hampir 200 pips pada Rabu semalam ketika US dolar didagangkan kukuh dan Pound pula merosot setelah data-data penting diterbitkan.
Menjadi tumpuan di sesi Eropah semalam, bacaan inflasi tahunan UK yang diterbitkan pamerkan penurunan lebih rendah berbanding jangkaan iaitu kepada 10.1% berbanding 10.3%, daripada bacaan sebelumnya 10.5%.
Penurunan inflasi boleh menyokong petunjuk sebelum ini yang menjangkakan bank pusat England (BOE) akan menghentikan langkah pengetatan dasar monetari.
Namun, perlu diingatkan, kadar inflasi tersebut walaupun menurun, masih berada di paras yang terlalu tinggi.
Pound susut di sesi Eropah sehingga bersambung ke sesi New York sementara US dolar pula kukuh disokong terbitan data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) yang memberangsangkan.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/usd-kukuh-jualan-runcit-kuat
Harga dilihat telah terjun melepasi paras 1.21000 dan menuju zon jangkaan 1.20000 sebelum sedikit melantun dari zon tersebut.
Menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini (Khamis), harga perlahan di sekitar 1.20400 dan dilihat masih berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang menunjukkan isyarat bearish.
Dengan terjunan yang dipaparkan semalam, harga berkemungkinan akan meneruskan lagi penurunan di bawah zon 1.20000.
Antara paras tumpuan pada penurunan lanjut dilihat pada 1.19400 atau 1.18800 untuk harga catatkan paras terendah terbaru.
Namun, jika berlaku lonjakan semula harga menuju penghujung minggu, rintangan awal pada 1.21000 dilihat akan diuji terlebih dahulu.
Seterusnya, harga yang berjaya meneruskan kenaikan bakal menuju pula ke zon rintangan 1.22000 sebelum mencabar ketinggian dicapai pada Selasa lalu sekitar 1.22700.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG