Pasaran dikejutkan dengan angka data yang diterbitkan pada bacaan indeks harga pengguna (CPI) Amerika Syarikat (AS) di sesi New York semalam.
Bacaan inflasi tahunan catat 6.4% lebih tinggi berbanding jangkaan 6.2%. Angka tersebut walau bagaimanapun menurun daripada bacaan sebelum ini pada 6.5%, menunjukkan penurunan 7 bulan berturut-turut.
Namun, penurunan kadar inflasi adalah lebih perlahan daripada yang dijangkakan dan situasi ini berkemungkinan akan menyukarkan keputusan Federal Reserve (Fed) untuk meneruskan langkah memperlahankan dasar.
Kenaikan kadar faedah pada 25 mata asas berkemungkinan akan dikekalkan untuk beberapa mesyuarat, malah ada yang menjangkakan kenaikan sebanyak 50 mata asas boleh berlaku semula.
Reaksi pergerakan harga tidak menentu sebaik sahaja data diterbitkan pada jam 9.30 semalam, menyaksikan turun naik nilai US dolar yang menarik.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-inflasi-as-cetus-kejutan-152
Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga pada mulanya membuat penurunan ketika reaksi awal US dolar yang mengukuh.
Mencecah sekitar 1.07100, harga kembali melonjak semula sehingga menguji paras tumpuan pada rintangan 1.08000.
Sebalik menyentuh ketinggian tersebut, harga kemudiannya menjunam semula untuk menutup dagangan sesi New York lebih rendah semula.
Penurunan harga kembali berlaku, tapi harga masih berlegar di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD yang masih belum memberi isyarat untuk pergerakan bearish buat harga.
Sekiranya US dolar terus mengukuh, harga boleh jatuh lebih rendah di bawah paras MA50 dan menguji paras 1.07000.
Penurunan lebih rendah bakal dilanjutkan menuju ke paras sokongan pada 1.06000 untuk catatkan paras terendah terbaru 6 minggu.
Namun jika harga tetap memaparkan corak kenaikan, rintangan 1.08000 akan diuji sekali lagi untuk ditembusi.
Berjaya melepasi zon tersebut akan mendorong harga dipacu ke paras lebih tinggi seperti ke zon 1.09000 atau rintangan tumpuan terdahulu iaitu pada ketinggian 1.10000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG