Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD minggu lalu telah menyaksikan paras terendah terbaru 3 minggu dicatatkan di zon support 1.24000.
US dolar yang berjaya kukuh sepanjang minggu terus memberi tekanan terhadap mata wang Pound setelah minggu sebelumnya hampir mencapai 1.27000 pada kenaikan yang dipaparkan.
Namun situasi berubah pada dagangan Jumaat lalu yang telah melantun semula dari 1.24000 susulan US dolar yang mula melemah.
Ini disebabkan reaksi pasaran terhadap kenyataan Pengerusi Federal Reserve (Fed) yang bernada dovish menyatakan bahawa berkemungkinan bank pusat tidak memerlukan lagi kenaikan kadar faedah selepas ini.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/powell-punya-pasal-usd-tersungkur
Harga telah melonjak sekitar 80 pips dan memberi isyarat awal untuk perubahan trend setelah meningkat melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut.
Selain data PMI pembuatan dan perkhidmatan, pasaran akan meneliti juga data inflasi UK yang akan diterbitkan pada minggu ini di mana akan menjadi rujukan penting buat bank pusat untuk penetapan dasar monetari selanjutnya.
Untuk jangkaan bagi kenaikan harga yang berjaya diteruskan, paras 1.25000 menjadi rintangan terhampir yang bakal diuji.
Berjaya melepasi rintangan itu akan menjangkakan kenaikan lebih tinggi untuk mencapai pula zon tumpuan 1.26000 sebelum ini.
Sebaliknya jika harga kembali menjunam semula minggu ini, zon support 1.24000 sekali lagi akan diuji dan reaksi harga akan diperhatikan.
Jika tembus lebih rendah, harga bakal catatkan paras terendah terbaru menuju sasaran seterusnya pada 1.23000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG