- Emas kekal tertinggi 8 bulan
- Pelabur nantikan data inflasi pengeluar AS
Pengukuhan harga emas terbantut ketika US dolar mula mempamerkan peningkatan pada Selasa.
Sesi dagangan Asia menyaksikan logam kuning itu sedikit merosot pada sekitar harga $1,910 per auns, tetapi masih berada pada paras paling kukuh sejak April 2022.
Sementara niaga hadapan emas juga susut dengan harga diniagakan pada $1,912 per auns.
Dolar Amerika sedikit menguat pada sesi Asia dengan memaparkan kenaikan sederhana, namun masih kekal didagangkan sekitar paras terendah berbanding mata wang utama.
Pelabur terus menetapkan jangkaan bahawa Fed akan memperlahankan kadar kenaikan kepada 25 mata asas dalam mesyuarat polisi pada awal Februari.
Pasaran kini menantikan data inflasi pengeluar Amerika Syarikat yang akan dikeluarkan pada hari Rabu bagi mendapatkan pengesahan sama ada penurunan harga berada di landasan yang betul.