Pelabur mengehadkan posisi dagangan emas menjelang keluaran data pekerjaan NFP Amerika Syarikat.
Ini membuatkan emas kekal berlegar pada sekitar harga yang sama pada sekitar $1,935 per auns ketika sesi Asia walaupun berlaku sedikit turun naik pada sesi sebelumnya.
Pelabur kini lebih berwaspada menantikan laporan NFP yang dijangka akan melihat pertambahan pekerjaan lebih perlahan pada bulan Julai.
Ekonomi AS dijangka akan meningkatkan sebanyak 205,000 pekerjaan pada bulan lepas susulan pertambahan 209,000 yang dicatatkan pada bulan sebelumnya, dengan kadar pengangguran kekal pada 3.6%.
Meneliti data yang dikeluarkan pada sesi terdahulu, perkhidmatan tinjauan ISM AS malangnya mencatatkan bacaan lebih perlahan daripada jangkaan tetapi masih lagi di tahap pengembangan pada bulan Julai.
Sementara itu, hasil perbendaharaan AS 10 tahun terus mengukuh dengan meningkat ke paras tertinggi sejak November 2022 pada 4.19%.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.