Kadar faedah tidak akan jatuh sehingga terdapat ‘bukti kukuh’ bahawa kenaikan inflasi semakin perlahan, ujar gabenor Bank of England (BOE) Andrew Bailey.
Komen beliau dibuat selepas bank pusat itu menaikkan kadar faedah untuk 14 kali berturut-turut ke paras tertinggi 15 tahun kepada 5.25% daripada 5.00%.
Andrew Bailey berkata kadar faedah akan turun apabila kedua-dua harga dan bayaran stabil.
Bank itu berkata buat pertama kalinya bahawa kadar faedah akan kekal lebih tinggi untuk tempoh yang lama dalam usaha untuk melawan inflasi yang melambung tinggi.
Susulan itu, ia memerlukan lebih banyak bukti bahawa inflasi jatuh sebelum mengurangkan kadar faedah.
Bailey bagaimanapun tidak menyatakan berapa lama kadar akan kekal tinggi namun beberapa ahli ekonomi, seperti Capital Economics mengunjurkan bahawa kadar faedah akan meningkat semula pada bulan September.
Kadar faedah dijangka akan mencapai kemuncak pada 5.5% dan kekal pada tahap yang sama selama setahun.
Walaupun mereda, inflasi UK masih empat kali ganda lebih tinggi daripada sasaran 2% bank pusat pada 7.9%.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.