Carta harga pasangan mata wang USD/JPY telah mula mempamerkan perubahan trend ketika menyambung dagangan pada minggu ini.
Pada minggu lalu, pergerakan harga mendatar sepanjang minggu, namun pelabur telah mula bersedia untuk penurunan berlaku dengan harga yang mula beredar di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/JPY tersebut yang memberi amaran awal untuk perubahan trend.
Jika diperhatikan, corak kenaikan harga telah berterusan sejak Mei lalu, mendatar seketika pada awal Jun sebelum meneruskan kenaikan sehingga ke penghujung Jun.
Perubahan jelas kelihatan pada penghujung minggu lalu yang dicetuskan oleh penyusutan drastik harga ketika US dolar ketara melemah susulan terkesan oleh laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang suram.
Harga menjunam di bawah paras sokongan 143.500 sehingga mencecah paras 142.100 ketika penutupan sesi terakhir minggu lalu.
Menyambung dagangan pada pembukaan awal minggu semalam, kenaikan harga sekadar ke paras 143.00 dan tidak berjaya untuk menyentuh halangan MA50 sebelum meneruskan penurunan ke paras lebih rendah di sesi New York semalam.
Selepas mencecah sekitar 141.300, harga masih meneruskan lagi penurunan pada sesi Asia pagi ini (Selasa) hingga berehat sebentar di paras 140.600 di awal pembukaan sesi Eropah.
Penurunan lebih rendah dilihat akan menuju zon 139.300-139.000 yang merupakan zon sokongan harga ketika harga mendatar seketika pada dagangan awal Jun lalu.
Susut lebih rendah akan menjangkakan sasaran pada 137.000 untuk dituju dan akan mencatatkan paras terendah terbaru 7 minggu buat harga.
Namun jika berlaku kenaikan semula, beberapa paras tumpuan dilihat akan diuji antaranya sekitar 142.000 sebelum halangan pada 143.500 akan dicapai.
Kenaikan yang diteruskan bakal kembali semula ke zon rintangan minggu lalu iaitu sekitar 145.00.
Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG