Semakin menghampiri terbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) di penghujung minggu ini, semakin berisiko dan tidak menentu pergerakan harga dalam pasaran.
Seperti yang dipaparkan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga mula menunjukkan perubahan pada corak pergerakan semasa harga semalam.
Jika sejak minggu lalu sehingga ke Rabu, corak penurunan harga dikekalkan untuk 6 hari berturut-turut, menunjukkan pengukuhan US dolar yang berterusan.
Namun, pada Khamis semalam harga mula menunjukkan perubahan arah apabila melantun naik semula.
Seperti dijangka, kenaikan awal harga telah menguji paras rintangan pada 1.08000 di sesi New York, namun bersambung pada sesi Asia pagi ini (Jumaat), harga mendatar perlahan di bawah paras tersebut.
Menjadi isyarat awal perubahan trend bullish apabila kenaikan harga semalam telah mula melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut.
Arah pergerakan harga selanjutnya dilihat akan dipacu oleh terbitan laporan NFP di sesi New York malam nanti.
Sekiranya US dolar melemah, harga bakal terpacak lebih tinggi dari paras 1.08000 dan menunjukkan semula pergerakan bullish yang terbantut sejak minggu lalu.
Sasaran adalah untuk mencapai kembali ketinggian 1.10000 yang menjadi rintangan gagal ditembusi harga minggu lalu.
Sebaliknya jika US dolar mengukuh pada reaksi data diterbitkan, pelabur akan menyaksikan harga menjunam lebih parah dan seterusnya menguji paras 1.070000.
Jika tembus lebih rendah, penurunan yang dilanjutkan boleh dijangkakan untuk mencecah hingga sekitar 1.06000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG