US dolar didagangkan stabil pada hari Isnin, sebahagiannya pulih daripada reaksi mengecewakan kepada data Jumaat yang menunjukkan pertambahan paling kecil dalam 2-1/2 tahun, manakala angka inflasi yang mengecewakan di China menjejaskan yuan dan matawang proksi.
Indeks US dolar yang mengukur mata wang US dolar berbanding enam mata wang utama didagakan kukuh sebelum susut kembali sebanyak 0.09% kepada paras dagangan 101.855. US dolar telah susut sebanyak 0.87% pada hari Jumaat selepas data NFP A.S. meningkat 209,000 pada bulan Jun.
Walaupun butiran dalam laporan pekerjaan yang mencerminkan pertumbuhan gaji yang kukuh secara berterusan menggariskan penetapan harga pasaran untuk kenaikan kadar selanjutnya pada akhir bulan ini, data itu membantu meyakinkan pasaran bahawa penamatan program kenaikan kadar Rizab Persekutuan adalah sekurang-kurangnya semakin hampir.
US dolar mengukuh sebanyak 0.55% berbanding yen dan terakhir kukuh 0.06% pada 142.31 setelah merosot hampir 1.3% pada hari Jumaat, dan mata wang euro terakhir susut 0.01% pada $1.0976 selepas lonjakan 0.7% pada Jumaat. Sterling pula disisi lain menunjukkan pergerakan yang lebih besar, jatuh hampir 0.5% pada hari Isnin kepada $1.2780 setelah melonjak 0.79% sesi sebelumnya ke paras tertinggi 15 bulan pada $1.2850.
Bagi pasaran yang tertumpu pada prospek dasar bank pusat, terutamanya Fed, tumpuan kini beralih kepada data inflasi A.S. yang akan dikeluarkan pada hari Rabu, di mana jangkaan CPI teras meningkat 5% pada asas tahunan pada bulan Jun.