US dolar mengurangkan sedikit keuntungannya pada hari Rabu selepas melonjak ke paras tertinggi tiga minggu berbanding kebanyakan mata wang utama.
Data ekonomi pada sesi New York menunjukkan PMI pembuatan Amerika Syarikat terus menguncup pada bulan Julai dengan catatan 46.4 berbanding 46.8 yang dijangkakan.
Komponen pekerjaan pula mencatatkan penurunan ketara dengan berada pada 44.4, jauh lebih rendah daripada jangkaan 42.6 dan angka bulan sebelumnya 48.1.
Data pembukaan pekerjaan (JOLT) pula menyaksikan peningkatan sebanyak 9.58 juta pada bulan Jun, sedikit di bawah ramalan pasaran 9.61 juta dan menurun daripada angka sebelumnya 9.62 juta.
Hal ini menyebabkan dagangan US dolar sedikit goyah, namun raja mata wang itu masih didagangkan lebih kukuh berbanding pesaing utamanya dengan indeks dolar berada pada 102.07.
Selain itu, greenback turut terkesan oleh laporan Fitch Ratings yang menurunkan penarafan kredit AS daripada AAA ke AA+.
Pelabur seterusnya mengalihkan tumpuan kepada penerbitan data pekerjaan ADP sektor swasta AS untuk bulan Julai yang bakal menjadi petunjuk kepada laporan NFP pada Jumaat.
Sementara itu, sesi Asia hari ini telah dihiasi oleh data pekerjaan New Zealand yang menunjukkan bacaan bercampur-campur, menyebabkan dolar kiwi kekal didagangkan rendah berbanding greenback.
Dolar Aussie pula muncul sebagai mata wang berprestasi paling buruk selepas keputusan Reserve Bank of Australia (RBA) menunjukkan bahawa bank pusat itu hampir selesai dengan pengetatan.
RBA mengekalkan kadar faedahnya tidak berubah pada 4.10% dalam mesyuarat dasar yang berlangsung pada Selasa.
Beralih ke Eropah, euro kekal didagangkan pada sekitar paras terendah walaupun sedikit meningkat pada awal sesi Asia hari ini.
Pound pula kekal terperuk di paras terlemah empat minggu apabila pasaran lebih berwaspada menantikan mesyuarat Bank of England (BOE).
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.