Sudah ada tanda-tanda perubahan trend harga pada carta pasangan mata wang USD/JPY minggu ini?
Jika diperhatikan, dagangan minggu lalu menyaksikan corak bullish sepanjang minggu dengan kenaikan ke paras terbaru setiap hari.
Paras kemuncak dicapai pada Jumaat lalu iaitu di paras 135.00 mencatatkan paras tertinggi 8 minggu.
Namun, berbeza pada pergerakan pembukaan awal minggu semalam, harga tidak meneruskan corak kenaikan sebaliknya mendatar di zon 134.00.
Penganalisis telah menjangkakan pergerakan perlahan tersebut akan berlaku semalam ekoran kesuraman pasaran sempena cuti umum di Amerika Syarikat (AS).
Pun begitu, masih lagi jangkaan pasaran cenderung kepada pengukuhan US dolar ekoran Federal Reserve (Fed) dilihat masih perlu mengekalkan pengetatan dasar monetari.
Jika US dolar kembali kukuh semula, harga bakal sambung lonjakan minggu lalu dengan paras rintangan terkini iaitu 135.00 akan diuji dan bakal ditembusi.
Selepas berjaya melepasinya, kenaikan akan diteruskan lagi untuk mencatatkan paras tertinggi terbaru yang seterusnya.
Sasaran adalah pada ketinggian 137.00 jika harga meneruskan pergerakan trend bullish tersebut.
Sebaliknya jika harga menjunam di bawah zon 134.00, penurunan dilihat akan diteruskan ke sekitar 132.00 yang merupakan zon tumpuan harga sebelum ini.
Reaksi harga pada zon tersebut akan menentukan arah pergerakan harga selanjutnya sama ada junam lebih rendah atau kembali melantun buat kenaikan semula.
Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG