Kebanyakan mata wang utama dalam pasaran terkesan alami penyusutan pada penutup dagangan minggu lalu ketika US dolar mengekalkan pengukuhannya.
Antaranya mata wang Yen yang terperosok ke paras terendah 9 minggu berbanding US dolar.
US dolar dijangka akan terus mengekalkan pengukuhan pada minggu ini dengan jangkaan Federal Reserve (Fed) masih kekal berada pada landasan pengetatan dasar monetari.
Jangkaan untuk US dolar sedikit menyusut pada penghujung minggu lalu meleset apabila pengukuhan berterusan disokong data perbelanjaan peribadi pengguna Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan dengan angka yang kukuh.
Sementara mata wang Yen akan terus didagangkan berhati-hati sementara pelabur terus memerhatikan karakter calon Gabenor bank pusat baru, Kazuo Ueda dalam merencanakan dasar monetari.
Jika diperhatikan pada carta harga pasangan mata wang USD/JPY, harga telah berjaya mencatatkan kenaikan ke paras tertinggi terbaru 9 minggu mencapai paras 136.500.
Ini menyusuli lonjakan yang berjaya melepasi zon rintangan pada 135.00 yang beberapa kali diuji sepanjang minggu lalu.
Pergerakan harga yang menyambung dagangan pada awal minggu ini kekal mendatar di paras tertinggi dicapai penutup minggu lalu.
Harga dilihat masih kekal bergerak dalam trend bullish yang berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/JPY tersebut.
Kenaikan dijangka akan diteruskan dengan sasaran rintangan seterusnya yang bakal diuji berada pada ketinggian 137.00.
Melepasi rintangan tersebut akan mendorong harga catatkan paras tertinggi terbaru 13 minggu menuju sasaran terbaru pada sekitar 139.300.
Untuk jangkaan bagi penurunan harga pula, zon 135.00 akan kembali menjadi tumpuan dan berkemungkinan akan berfungsi sebagai sokongan terbaru buat harga.
Jika gagal, harga boleh tembus lebih rendah menuju ke sekitar 133.700 atau seterusnya ke zon tumpuan sebelum ini pada 132.00.
Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG