Pergerakan harga pada pasaran menuju penutup Mac ini semakin tidak menentu dengan perubahan turun naik harga yang menambahkan lagi risiko dagangan pelabur.
Mata wang US dolar dilihat memaparkan pergerakan lemah di sesi Eropah semalam, namun berbeza pula cerita di sesi New York apabila mengukuh sedikit berbanding beberapa mata wang utama.
Antaranya jelas pengukuhan US dolar dipaparkan ke atas Yen yang papar prestasi suram minggu ini menjelang penghujung tahun fiskal bagi Jepun.
Situasi ini diterjemahkan pada pergerakan harga di carta pasangan mata wang USD/JPY yang memaparkan corak kenaikan harga semalam.
Berbeza berbanding harga yang mendatar pada 130.500 Selasa lalu, kenaikan harga pada Rabu semalam telah mencapai sekitar 132.800.
Harga yang jelas bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) boleh menjadi petunjuk awal untuk permulaan pergerakan bearish harga.
Namun, harga yang menyambung dagangan pada hari ini (Khamis) dilihat mendatar selepas mencapai ketinggian semalam.
Sekiranya kenaikan harga masih berjaya diteruskan, harga dilihat akan ke sekitar 133.700 sebelum meneruskan kemaraan ke zon 135.00 pula.
Sebaliknya, jika situasi mula berubah menyaksikan harga membuat terjunan semulam, melepasi paras 132.00 dan sokongan MA50 akan menjadi petunjuk awal perubahan trend.
Penurunan harga jika dilanjutkan lebih rendah bakal mencecah ke zon support yang berada pada sekitar 129.700-129.300.
Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG