Greenback terus memaparkan pengukuhan ketika pasaran memasuki sesi Eropah dengan penerbitan data PMI pembuatan dan Amerika Syarikat kini menjadi tumpuan pasaran.
Meneliti pergerakan mata wang, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback diperdagangkan kuat pada sekitar harga 102.15 berbanding sekumpulan mata wang utama.
Pada hari Isnin, data tinjauan Federal Reserve (Fed) menunjukkan bank Amerika Syarikat melaporkan piawaian kredit yang lebih ketat dan permintaan pinjaman rendah daripada kedua-dua perniagaan dan pengguna pada suku kedua.
Sementara itu, dolar Aussie terus berdarah selepas bank pusat Australia (RBA) tanpa dijangka mengekalkan kadar faedahnya tidak berubah pada mesyuarat yang berlangsung hari ini.
Hal ini telah meningkatkan jangkaan pelabur bahawa pengetatan dari bank pusat itu semakin hampir ke penghujung.
Dalam pada itu, yen juga terus melemah di paras terendah tiga minggu, meneruskan sesi penurunan yang dicatatkan sejak Jumaat lalu selepas keputusan bank pusat Jepun (BOJ).
Selain itu, mata wang pound kekal didagangkan suram apabila pasaran mengambil langkah berhati-hati menjelang keputusan kadar faedah bank pusat England (BOE) pada Khamis.
Euro turut kecundang, tidak jauh daripada paras terendah hampir tiga minggu yang disentuh pada hari Jumaat berbanding greenback.
Turut mempengaruhi sentimen adalah data PMI pembuatan Caixin yang menunjukkan penguncupan pada bulan Julai daripada pengembangan pada Jun, yang menunjukkan kelemahan berterusan dalam pemulihan di China.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.