Dolar Amerika didagangkan bercampur-campur pada sesi Eropah ketika pasaran kini memberi tumpuan kepada beberapa penerbitan data pada sesi New York.
Data tuntutan pengangguran Amerika Syarikat, jualan rumah sedia ada dan tinjauan pembuatan Federal Reserve Philadelphia bakal menghiasi sesi akan datang.
Ketika penulisan, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback kekal stabil di atas paras 100 walaupun susut pada awal sesi Asia sebelum ini.
Terdahulu pada sesi Asia, People’s Bank of China (PBOC) telah bertindak menetapkan kadar rujukan yuan lebih rendah daripada dijangkakan dan memberi kelonggaran untuk pembiayaan rentas sempadan.
Ekoran itu, mata wang yuan, dolar Aussie dan New Zealand melonjak tinggi, di mana Aussie turut mendapat sokongan daripada data pekerjaan Australia yang lebih kukuh.
Sementara itu, euro pula bergerak mendatar dengan harga kekal berlegar pada sekitar paras tertingginya berbanding greenback.
Mata wang pound pula dilihat bergelut untuk pulih selepas susut ketara berikutan data inflasi UK yang jatuh lebih rendah daripada yang dijangkakan pada bulan Jun kepada 7.9%.
Ini sekali gus meredakan jangkaan untuk Bank of England (BOE) dari terus melaksanakan kenaikan kadar faedah yang lebih agresif.
Selain itu, mata wang yen pula sedikit berubah dengan harga berlegar pada sekitar paras 139.50 berbanding greenback.
Dolar Kanada pula terus mengekalkan momentum pengukuhan pada sekitar paras ketinggian satu minggu berbanding dolar Amerika.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.