US dolar berundur dari paras tertinggi pada hari Rabu di tengah-tengah julat dagangan yang terhad berikutan kewaspadaan pelabur menantikan data inflasi Amerika Syarikat.
Dagangan mata wang utama sedikit meningkat hari ini, namun tiada perubahan ketara yang dicatatkan.
Penjualan dolar Amerika oleh bank China milik kerajaan membantu yuan naik dari paras terendah satu bulan walaupun negara itu tergelincir ke dalam deflasi.
Data pada sesi Asia menunjukkan harga pengguna (CPI) China jatuh buat kali pertama dalam lebih dua tahun pada bulan Julai.
Pun begitu, berbanding meningkatkan minat terhadap safe-haven, ia lebih menguatkan pandangan pelabur bahawa kerajaan China mungkin mengambil langkah rangsangan tambahan untuk menyokong ekonomi.
Ini mendorong dolar Aussie dan New Zealand sedikit meningkat dari paras terendah dua bulan masing-masing berbanding greenback.
Sementara dagangan euro turut memaparkan kenaikan, namun harga masih terperangkap di bawah paras 1.1000 berbanding US dolar, manakala pound pula kekal berlegar pada sekitar paras 1.2750.
Tumpuan pasaran kini beralih kepada data yang lebih penting, iaitu inflasi pengguna Amerika Syarikat yang bakal menentukan hala tuju dasar Federal Reserve seterusnya.
Ketika penulisan, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback diniagakan susut pada sekitar harga 102.35 berbanding sekumpulan mata wang utama.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.