US dolar berundur dari paras tertinggi empat minggu di tengah-tengah kewaspadaan pelabur menjelang terbitan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat.
Ketika penulisan, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback diperdagangkan pada sekitar 102.40 berbanding enam mata wang utama lain.
Ekonomi AS dijangka akan meningkatkan sebanyak 205,000 pekerjaan pada bulan Julai susulan pertambahan 209,000 yang dicatatkan pada bulan sebelumnya, dengan kadar pengangguran kekal pada 3.6%.
Sebarang pengukuhan yang dipaparkan dalam bacaan NFP mungkin dapat menyokong US dolar untuk melonjak tinggi.
Mencerap data yang dikeluarkan pada sesi terdahulu, data perkhidmatan tinjauan ISM AS malangnya mencatatkan bacaan lebih perlahan daripada jangkaan tetapi masih lagi di tahap pengembangan pada bulan Julai.
Sementara itu, laporan tuntutan pengangguran pula menunjukkan sedikit peningkatan pada minggu lalu sebanyak 227,000 daripada 221,000 sebelumnya.
Dalam pada itu, keputusan Bank of England (BOE) yang menepati jangkaan pasaran untuk menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas telah menolak dagangan pound untuk sedikit susut.
Namun harga kembali membuat kenaikan tidak lama selepas itu selepas pasaran mencerna keputusan itu, di mana terdapat 3 penggubal dasar yang menyokong kenaikan kadar yang lebih tinggi pada mesyuarat tersebut.
Beberapa mata wang utama lain mencatat sedikit peningkatan susulan pengunduran dalam dagangan dolar greenback.
Hasil perbendaharaan AS 10 tahun pula meningkat ke paras tertinggi baharu sejak November mencecah tahap 4.16%.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.