Menjengah masuk ke sesi Eropah, US dolar kembali mendapatkan sokongan untuk bangkit daripada penyusutan yang dicatatkan pada sesi Asia.
Fokus pelabur hari ini akan tertumpu pada data indeks harga rumah (HPI), keyakinan pengguna dan laporan pembukaan pekerjaan (JOLTS) Amerika Syarikat pada sesi New York.
Ketiga-tiga data tersebut mungkin boleh menjadi penggerak seterusnya kepada US dolar yang telah mempamerkan prestasi menyuramkan di awal minggu.
Pada waktu penulisan, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan mata wang utama lain pada sekitar 104.08.
Ketika sesi dagangan Asia, kadar pengangguran Jepun meningkat kepada 2.7% pada bulan Julai daripada 2.5% pada Jun.
Pada masa yang sama, laporan tahunan ekonomi menunjukkan kenaikan harga dan upah yang semakin meluas di Jepun sejak musim bunga 2022, menandakan negara itu telah mencapai titik perubahan dalam usaha 25 tahunnya menentang deflasi.
Mata wang yen didagangkan mendatar pada paras terendah sembilan bulan pada sekitar harga 146.50 berbanding greenback.
Sementara itu, mata wang euro dan pound kekal terperangkap pada sekitar paras terendah selepas gagal meraih sokongan untuk bangkit berbanding US dolar.
Dalam pada itu, dolar Aussie didagangkan sedikit berubah ketika pelabur kini memberi tumpuan kepada penerbitan data inflasi Australia untuk bulan Ogos.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.