“Mana tahu ini mungkin jadi salah satu faktor harga ETH dapat naik sampai paras $2,000.”
Visa yang merupakan syarikat gergasi pembayaran global berhasrat melabur dalam mata wang kripto dan mata wang fiat untuk meningkatkan lagi kemudahan penukaran antara aset digital dan dolar Amerika Syarikat (AS).
Rentetan itu, Visa sedang berada dalam proses menguji pelbagai kaedah dalam menjayakan objektifnya untuk membolehkan blockchain Ethereum (ETH) menerima dana berjumlah besar.
Suka dimaklumkan bahawa perancangan baharu Visa itu mampu mendorong harga ETH mendaki lebih tinggi.
Menurut Cuy Sheffield, Naib Presiden dan Crypto Head Visa berkata syarikatnya kini giat menguji cara menerima pembayaran dalam USDC melalui blockchain ETH agar tiada berlaku sebarang rintangan pada masa hadapan.
Diperjelaskan lebih lanjut oleh beliau, pembaharuan tersebut dapat membenarkan seseorang individu untuk menukar dolar AS ke euro pada urus niaga rentas sempadan.
Pergerakan harga ETH menyaksikan lonjakan sebanyak 30% sepanjang bulan lalu selepas Visa berbuat tindakan sedemikian.
Sehingga kini, ETH berada pada paras $1,634.35 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $199 bilion sementara volum dagangannya pula raih hampir 30.35%, dan dijangka harganya bakal lonjak melepasi zon $1,800 ataupun $2,000 dalam masa terdekat ini.