Menjadi tumpuan pada sesi New York semalam, bacaan kedua bagi pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) untuk suku terakhir 2022 lalu meleset berbanding ramalan untuk kekal.
Angka menunjukkan pertumbuhan menurun kepada 2.7% berbanding bacaan pertama 2.9% yang telah diterbitkan pada Januari lalu.
Namun begitu, US dolar tidak menunjukkan reaksi yang negatif, sebaliknya masih dilihat mengekalkan pengukuhan di sesi New York semalam.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/usd-menuju-hujung-minggu
Carta harga pasangan mata wang EUR/USD terus mencatatkan paras terendah terbaru lagi semalam apabila penurunan mencecah sekitar 1.05800.
Walaupun tempo perlahan, namun harga terus bergerak dalam trend bearish di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut.
Menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini (Jumaat), harga berlegar perlahan di paras tumpuan 1.06000.
Penurunan lebih rendah berkemungkinan akan dilanjutkan lagi dengan sasaran adalah pada zon support 1.05000.
Namun waspada sekiranya berlaku perubahan arah harga di penutup dagangan penghujung minggu dengan kebiasaan berlaku aktiviti profit taking oleh para pemain pasaran.
Jika harga melonjak semula dari paras 1.06000, kenaikan dilihat akan diteruskan menuju ke paras 1.07000 untuk harga uji rintangan tersebut.
Melepasi paras itu akan memberi isyarat bullish lebih jelas untuk harga meneruskan kenaikan ke paras tumpuan seterusnya, 1.08000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG