“Boleh terjadi ke? Tapi persoalan sekarangnya adalah bila?”
Sekiranya masalah bertrilion dolar diselesaikan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ripple Brad Garlinghouse berpandangan bahawa mata wang kripto diasaskannya XRP dapat menjadi Bitcoin (BTC) seterusnya.
Sejak tuntutan mahkamah antara XRP serta Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) berpihak kepada aset digital itu apabila Hakim Analisa Torres memutuskan XRP adalah sekuriti, remittance token* telah menjadi topik popular di kalangan pelabur.
*Token programmable dengan nilai
Rentetan itu, Garlinghouse berkata XRP dapat mengambil alih BTC pada masa hadapan susulan aset digital tersebut mempunyai kelebihan daya saing kuat dalam pasaran kripto.
Hal ini kerana XRP telah berganding bahu bersama pengawal selia dan bank, jadi di sini dapat dilihat aset digital yang masih tiada kepastian peraturan mampu meningkatkan peluang kejayaan XRP untuk jangka panjang.
Bukan itu sahaja, XRP juga sedang berusaha mengatasi beberapa masalah, di mana RippleNet menggunakan sistem pemesejan dalam percubaan inovatifnya untuk melaksanakan pembayaran dalam beberapa saat sahaja.
Pada masa ini, inovasi itu mempunyai 100 pelanggan dari beberapa bank terbesar di dunia serta penyedia pembayaran seperti Western Union termasuk MoneyGram, ulas Garlinghouse dengan lebih terperinci.
Selain memberikan nilai sebenar kepada pelanggan untuk penyelesaian masalah, XRP yang digunakan oleh banyak negara untuk pembayaran rentas sempadan dijangkakan adalah 1,000 kali ganda lebih pantas daripada BTC.
Sehingga berita ini ditulis, harga XRP masih mencatatkan penyusutan sebanyak 1.02% pada paras $0.49 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $28 bilion seterusnya tergelincir 0.81% sepanjang minggu lepas.