Dagangan emas mendatar pada pembukaan awal minggu semalam, namun kekal berlegar di puncak tertinggi dalam sejarah harganya sepanjang zaman.
Penyusutan US dolar yang berterusan sepanjang minggu lalu telah melonjakkan harga ke paras tertinggi terbaru mencapai sekitar $2,195.
Ini adalah rekod tertinggi terbaru yang berjaya dicatatkan selepas mengatasi paras pada Disember tahun lalu.
Pasaran kini memberi tumpuan kepada data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan pada sesi New York malam nanti yang dijangka turut akan mempengaruhi emas.
Meneliti carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat mendatar sekitar paras 2180.00 sepanjang dagangan semalam.
Ini adalah sedikit rendah berbanding paras tertinggi yang dicapai iaitu 2195.00 pada penutup dagangan minggu lalu.
Pergerakan perlahan harga emas bersambung pada hari ini (Selasa) dan mula menyentuh garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD itu.
Sekiranya harga berjaya melantun naik, paras ketinggian baru berkemungkinan mampu dicatatkan lagi.
Penganalisis meletakkan paras sasaran emas adalah pada ketinggian 2200.00.
Namun jika terdapat petanda bahaya untuk emas, pelabur perlu bersedia untuk terjunan harga semula.
Penurunan terhampir dilihat menuju ke paras 2144.00 yang menjadi tumpuan pada dagangan minggu sebelum ini.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG