Dagangan emas pada Selasa semalam kekal ‘sendu’ dengan pergerakan harga bercampur tanpa arah yang jelas.
Pelabur berwaspada menjelang terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) pada Khamis yang dijangka akan memacu arah pergerakan emas di penghujung minggu.
Namun ketika ini, pelabur menyaksikan pergerakan emas yang masih dalam mod ‘bearish’ dari pembukaan awal minggu.
Ini dapat diperhatikan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar.
Setelah penurunan harga yang agak ketara berlaku pada Isnin lalu, cubaan untuk kenaikan semula dipaparkan pada Selasa semalam.
Namun, di sesi New York harga kembali ditekan jatuh semula dan kekal berlegar di zon tumpuan pada 2030.00.
Sebagai indikasi purata pergerakan semasa harga, halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD dilihat masih menjadi rintangan untuk harga papar pemulihan.
Sekiranya situasi ini berterusan sehingga menjelang data inflasi AS esok hari, penurunan lebih rendah harga emas sudah dijangkakan.
RIsiko kejatuhan terhampir harga adalah ke paras tumpuan 2000.00.
Namun jika harga emas berjaya melonjak semula dari zon 2030.00, paras 2050.00 pula akan menjadi rintangan seterusnya untuk diuji.
Melepasinya akan mendorong kenaikan lebih tinggi menuju sasaran pada zon 2070.00 hingga 2080.00 pula.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG