Arab Saudi, UAE dan Qatar enggan membuka ruang udara mereka kepada pesawat Israel dan Amerika Syarikat ketika mereka berusaha untuk memintas peluru berpandu serta dron yang dilancarkan oleh Iran pada Sabtu lalu.
Menurut Wall Street Journal, negara yang terlibat antara yang menjadi risikan terpenting buat Israel telah menyumbang kepada kejayaan menangkis serangan Iran.
Riyadh dan Abu Dhabi telah cuba untuk kekal berkecuali berhubung konflik yang memuncak di Timur Tengah tersebut.
Sementara itu, Jordan mengumumkan bahawa angkatan tenteranya memintas ‘objek terbang’ yang memasuki ruang udara negara itu pada malam Sabtu untuk memastikan keselamatan rakyat.
Pada hari Ahad, kabinet Jordan mengulangi dan menegaskan bahawa apa-apa yang mengancam keselamatan kerajaan akan dipintas sama ada melalui udara atau darat.
Sebelum ini, Iran melancarkan serangannya ke atas Israel sebagai tindak balas terhadap serangan peluru berpandu negara pendudukan ke atas Konsulat Iran di Damsyik pada 1 April yang mengorbankan beberapa penasihat kanan tentera.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah memberi jaminan bahawa negara itu akan bertindak balas terhadap serangan Iran yang belum pernah berlaku sebelum ini dengan bijak dan bukan hanya berdasarkan emosi. – MEMO