Dolar Australia didagangkan suram selepas data inflasi Australia yang diterbitkan pada Rabu lalu juga menunjukkan tidak berlaku peningkatan untuk Februari.
Data indeks harga pengguna (CPI) Australia kekal di paras 3.4% seperti bulan sebelumnya, meleset berbanding ramalan untuk meningkat kepada 3.5%.
Pasaran tidak memberi reaksi yang ketara namun dagangan dolar Aussie dilihat suram sehingga menuju ke penghujung minggu.
Menambah tekanan kepada dolar Aussie dan juga mata wang utama yang lain, US dolar kembali pamerkan pengukuhan semula setelah disokong oleh kenyataan hawkish oleh pegawai Federal Reserve (Fed) Christopher Waller untuk dasar sedia ada terus dikekalkan lebih lama.
Justeru dapat diperhatikan pada carta pasangan mata wang AUD/USD, harga telah ditekan jatuh ke paras terendah terbaru 3 minggu pada Khamis semalam.
Harga telah mencecah paras sekitar 0.64900 sebelum melantun semula di atas paras 0.65000 mencapai paras 0.65280 di sesi New York semalam.
Namun, kenaikan harga dilihat tidak berjaya untuk melepasi garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan di timeframe 1 jam carta AUD/USD itu yang mencadangkan trend bearish bakal berterusan.
Jika penurunan harga berlaku ke bawah paras 0.65000 semula, penurunan lebih rendah akan dijangkakan untuk menuju ke zon tumpuan sekitar 0.64500.
Penurunan yang berterusan akan terus mencatatkan paras terendah terbaru harga untuk tempoh dagangan 4 bulan.
Sebaliknya jika harga melantun buat kenaikan semula, rintangan adalah pada zon 0.65400 yang dilihat bakal diuji sebelum kenaikan lebih tinggi boleh berlaku.
Jika diteruskan, sasaran akan beralih ke paras tumpuan berikutnya pada sekitar 0.66000 dengan isyarat perubahan trend bullish buat harga.
Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG