Berhubung isu yang tular di media sosial berkenaan kejatuhan nilai ringgit ke paras yang tidak tersangka itu, Bank Negara Malaysia (BNM) telah tampil memberi penjelasan.
BNM dalam kenyataannya berkata kadar pertukaran antara Ringgit Malaysia (RM) dan Dolar AS (USD) yang dikeluarkan oleh Google semalam adalah tidak tepat.
Kadar pertukaran yang mencecah paras RM6.24 berbanding dolar AS itu adalah sekadar ‘glitch’ yang tidak disengajakan dalam laman internet itu.
Sementara itu, julat dagangan bagi USD/MYR dilihat agak terhad sejak beberapa hari ini dalam anggaran 4.7480 hingga 4.7630 seperti yang diterbitkan di laman web rasmi mereka.
Di media sosial BNM, pihaknya menyeru agar mencari data yang tepat berkenaan ringgit di platform rasmi atau mana-mana rujukan pertukaran mata wang asing.