“Giliran SEC pula kali ni, sebelum ni asyik target kripto je.”
Bursa mata wang kripto Coinbase memfailkan saman terhadap Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) dan Perbadanan Insurans Deposit Persekutuan (FDIC) atas kesalahan penyasaran yang tidak adil serta amalan tersembunyi.
Cabaran undang-undang dikemukakan di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat (AS) bagi daerah Columbia menuduh agensi tersebut bertindak berlebihan dan gagal menjawab permintaan Akta Kebebasan Maklumat (FOIA).
Jadi di sini dapat dilihat tindakan undang-undang Coinbase bertujuan menentang apa dilihatnya sebagai usaha bersepadu SEC dan FDIC bagi melemahkan sektor kripto melalui menyekat akses pada perkhidmatan perbankan dan menahan maklumat.
Coinbase turut mengkritik SEC susulan menggunakan tuntutan privasi untuk menyembunyikan kaedah pengawalseliaannya terutamanya mengenai peralihan Proof-of-Stake (PoS) Ethereum (ETH) dan entiti kripto lain.
Bukan itu sahaja, FDIC juga diserang kerana menasihati bank menghentikan pengembangan perkhidmatan berkaitan kripto melalui “pause letters”.
Umum mengetahui pertikaian Coinbase dengan SEC termasuk tuntutan mahkamah sebelumnya dari April 2023, di mana bursa kripto tersebut menuntut pendirian yang pasti tentang peraturan khusus kripto.
Biarpun perbincangan berlaku sejak Julai 2022, SEC masih belum menyediakan garis panduan jelas tetapi memilih menguatkuasakan undang-undang sekuriti sedia ada yang Coinbase berpendapat tidak sesuai untuk kripto.