“Banyaknya BlackRock beli BTC, adakah nanti mereka akan dump pula?”
BlackRock, firma pengurus aset terbesar di dunia tanpa disedari baru sahaja mengumpul sejumlah besar mata wang kripto Bitcoin (BTC) bernilai $518 juta apabila harganya memacu naik berterusan sehingga $52,000.
Pada hari Rabu semalam, BlackRock dilaporkan bertindak pantas menambah 10,003 BTC ke dalam iShares Bitcoin Trust (IBIT) baharunya yang merupakan spot dana dagangan bursa (ETF) paling raih perhatian.
Jadi di sini dapat dilihat bahawa BlackRock pada masa ini memegang 105,280 BTC bernilai $5.45 bilion dan perlu diketahui lapan pemohon ETF telah menambah 14,104 BTC berharga $730.3 juta, tetapi Grayscale pula mengurangkan $99 juta iaitu kira-kira 1,912 BTC.
BlackRock juga membuat pembelian besar-besaran 7,497 BTC bernilai $366.5 juta pada 13 Februari 2024 manakala dana lapan ETF dan Fidelity masing-masing menambah 12,073 BTC bernilai $590 juta serta 3,039 BTC berharga $148.5 juta sementara Grayscale jual 1,147 BTC berharga $56 juta.
Suka dimaklumkan BlackRock melancarkan IBIT pada Januari 2024 kemudian lapan kumpulan kewangan lain turut melancarkan spot BTC ETF mereka sendiri pada bulan lepas.
Umum mengetahui BlackRock berjaya mendominasi dunia mining susulan mereka merupakan pemegang saham terbesar firma-firma mining terbesar seperti Riot Platform Inc, Marathon Digital Holdings, Cipher Mining dan Terawulf Inc.
Setakat penulisan ini, harga BTC melonjak sebanyak 5.20% pada paras $52,042 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $1 bilion seterusnya merekodkan pendakian 16.95% sepanjang minggu lepas.