Emas jatuh ketara pada penghujung sesi dagangan Asia sebanyak 0.18% selepas nyaris mencapai kemuncak dalam sejarah pada $2,529.
Data inflasi AS mendorong peserta pasaran mengurangkan kedudukan logam kuning berikutan kemungkinan yang semakin meningkat bahawa Federal Reserve (Fed) akan memulakan kitaran pelonggarannya sebanyak 25 mata asas.
Pada jam 9.30 pagi, harga emas berada pada posisi $2,514.27 iaitu naik sedikit sebanyak 0.10% sejak ia dibuka pada awal dagangan hari Rabu.
Buat masa ini, sentimen pasaran kekal positif selepas Biro Statistik Buruh AS mendedahkan Indeks Harga Pengguna (CPI) Ogos. Inflasi tajuk bulanan kekal tidak berubah dan teras bulanan yang tidak termasuk tenaga meningkat 10%.
Walau bagaimanapun, hasil Perbendaharaan AS naik lebih tinggi di tengah-tengah kebimbangan bahawa Fed mungkin tidak mampu mengurangkan kadar sebanyak 50 mata asas seperti jangkaan sebilangan kecil pasaran sebelum ini.
Sementara itu, debat presiden antara Kamala Harris dan Donald Trump mencatatkan markah yang tinggi buat naib Presiden Parti Demokrat tersebut.
Isu geopolitik pula, Setiausaha Negara AS Anthony Blinken dan David Lammy dari UK meningkatkan kebimbangan bahawa AS dan UK boleh memberikan Ukraine keupayaan untuk menggunakan senjata dari negara Barat untuk menyerang Rusia.