Aplikasi X atau ini dikenali sebagai Twitter, berdepan kemungkinan sekatan di Brazil selepas gagal melantik wakil undang-undang baharu seperti yang ditetapkan oleh Hakim Mahkamah Agung Alexandre de Moraes.
Keadaan bertambah buruk apabila platform media sosial itu menutup pejabatnya di Brazil dengan memetik ancaman tangkapan terhadap wakil pengurusannya.
Konflik bermula apabila Hakim de Moraes mengarahkan penggantungan sebilangan besar akaun X yang dituduh menyebarkan maklumat salah terutamanya penyokong bekas presiden Jair Bolsonaro.
Elon Musk, pemilik X telah mencabar perintah ini dan menyatakan Hakim de Moraes sebagai ‘zalim’ kerana mengancam untuk mengaktifkan semula akaun yang diharamkan.
Memandangkan tarikh akhir undang-undang yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Brazil berlalu tanpa kerjasama daripada X, syarikat menjangkakan penggantungan akan berlaku di Brazil berterusan sehingga wakil daripada X tersebut dihadap ke muka pengadilan.
Selain itu, Starlink yang merupakan perkhidmatan internet satelit Musk telah dibekukan akaun banknya di Brazil berikutan perintah Mahkamah Brazil selepas menunjukkan ketegangan antara syarikat Musk dan pihak berkuasa Brazil.
Kes tersebut menunjukkan cabaran berterusan untuk platform media sosial dalam mengimbangi pematuhan undang-undang dengan pendirian mereka terhadap penapisan kandungan media sosial.