Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD dilihat kekal berlegar di paras tertinggi 3 minggu, namun momentum kenaikan harga mula pudar.
Pada Rabu lalu US dolar alami penyusutan agak ketara ketika pelabur meneliti data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) terbaru yang hadir dengan bacaan yang mengecewakan.
Namun, pergerakan US dolar pada Khamis semalam mendatar ekoran pasaran AS ditutup sempena cuti umum.
Walaupun pergerakan harga perlahan pada carta EUR/USD semalam, namun corak kenaikan harga tersebut dilihat masih lagi diteruskan.
Harga kekal bergerak pada trend bullish yang berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Jika kenaikan lebih tinggi diteruskan selepas ini, harga berkemungkinan akan menuju pula ke zon tumpuan berikutnya pada 1.09000 untuk catatkan paras ketinggian terbaru lagi.
Situasi kenaikan harga itu boleh berlaku sekiranya US dolar terus melanjutkan penyusutannya selepas ini.
Namun, jika berbeza reaksi selepas data NFP diterbitkan dengan kemungkinan pengukuhan semula US dolar, harga boleh menjunam semula di bawah zon 1.08000.
Selepas melepasi garisan sokongan MA50, penurunan lebih jelas bakal berlaku dan dijangka mencecah semula paras 1.07000 sebelum ini.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG