Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD mendatar di penghujung minggu lalu selepas berlaku lonjakan ketika US dolar alami penyusutan.
Walaupun nada yang hawkish dilontarkan oleh ahli Federal Reserve (Fed) sebelum ini, namun data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang terbaru hadir dengan bacaan kurang memberangsangkan.
Laporan data inflasi AS pada minggu ini akan diberikan tumpuan yang akan memacu corak pasaran selepas ini.
Sementara Pound pula berisiko untuk susut nilai selepas mesyuarat polisi bank pusat England (BOE) yang dovish minggu lepas.
Laporan data pekerjaan UK pada Selasa akan jadi petunjuk seterusnya bagi pergerakan Pound yang turut diteliti oleh BOE dalam penetapan dasar mereka.
Pada carta GBP/USD, penurunan harga ketika reaksi mesyuarat BOE berlangsung mencecah 1.24500 pada Khamis sebelum harga melantun semula melepasi 1.25000.
Harga mendatar pada penghujung minggu di atas zon 1.25000 tersebut selain memberi isyarat awal untuk pergerakan bullish yang berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Sekiranya kenaikan harga diteruskan di awal minggu, paras 1.26000 akan jadi sasaran untuk dicapai yang berfungsi sebagai zon rintangan harga sebelum ini.
Paras ketinggian yang dicapai ketika data pekerjaan NFP diterbitkan sebelum ini pada sekitar 1.26300 bakal diatasi sebelum kenaikan diteruskan menuju sasaran 1.27000.
Sebaliknya jika harga menjunam di bawah zon 1.25000 semula selepas gagal bertahan di atas sokongan MA50, penurunan harga dijangka bermula selepas isyarat bearish itu.
Paras dicecah minggu lalu mungkin akan dilepasi dan penurunan bakal dilanjutkan menuju sekitar 1.24000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG