Pergerakan menarik harga turut berlaku pada carta pasangan mata wang GBP/USD di penghujung minggu lalu dengan reaksi dilihat pada paras penting.
Situasi dipengaruhi oleh US dolar yang pada mulanya sedikit mengukuh dan kemudiannya ketara lemah pada dagangan sesi terakhir minggu lalu.
Data tinjauan untuk sektor pembuatan di Amerika Syarikat (AS) hadir dengan bacaan angka yang merosot untuk bulan Februari.
Justeru, ini memberi kesan penyusutan semula kepada US dolar dengan beberapa data terbaru akan diperhatikan minggu ini pula, khususnya laporan data pekerjaan NFP.
Pada Jumaat lalu, harga di carta GBP/USD pada mulanya dilihat membuat penurunan dan telah mencecah paras penting yang menjadi tumpuan penganalisis iaitu 1.26000.
Seperti dijangka untuk reaksi berlaku, harga terus melantun papar kenaikan semula sebaik turun menyentuh paras tersebut.
Lonjakan sekitar 60 pips di sesi terakhir minggu lalu itu memberi isyarat awal untuk perubahan trend harga bakal berlaku.
Ini disebabkan harga yang dilihat telah mula bergerak di atas garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut sebagai isyarat perubahan trend bullish.
Kenaikan harga jika berlaku di awal minggu ini bakal menyaksikan paras rintangan 1.27000 kembali diuji semula.
Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, paras tersebut masih kebal menghalang harga dari menembusinya.
Jika minggu ini kenaikan harga berjaya tembus ke atas, paras ketinggian terbaru akan dicatatkan dan sasaran terbaru harga akan beralih ke sekitar 1.28000.
Namun jika penurunan harga diperlihatkan semula, paras sokongan 1.26000 yang dicecah minggu lalu akan menjadi tumpuan untuk dituju.
Selepas harga susut lebih rendah di bawahnya, pergerakan harga akan menunjukkan corak bearish dan boleh menuju sehingga zon 1.25000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG