“Hmm korang lagi suka BRICS kripto atau dolar AS? Cuba jawab sikit.”
Bimbang berhubung blok ekonomi BRICS yang mampu membangunkan mata wang kripto disokong emas, pengarang terkemuka ‘Rich Dad Poor Dad’ Robert Kiyosaki memberi amaran sesungguhnya kejatuhan dolar Amerika Syarikat (AS) dapat tercetus.
Sekiranya kripto emas BRICS dibangunkan, bertrilion mata wang fiat Amerika Syarikat (AS) akan kembali bergegas pulang ke negara tersebut kemudian menyebabkan hiperinflasi yang akhirnya memusnahkan dolar AS.
Rentetan itu, Kiyosaki menasihati para pelabur bagi membeli BTC, emas dan perak jika ingin melindungi diri daripada kejatuhan dolar AS.
Memang topik perbincangan mengenai kripto disokong emas telah tercetus semasa sidang kemuncak pemimpin BRICS pada Ogos 2023, tetapi tumpuan mula beralih ke arah mempromosikan penggunaan mata wang tempatan dalam penyelesaian perdagangan untuk mengurangkan pergantungan dolar AS.
Umum mengetahui bahawa perbincangan mengenai mata wang BRICS pada masa ini telah berkurangan susulan daripada unjuran yang menunjukkan terdapat garis masa agak berpanjangan untuk merealisasikannya.
Sementara pakatan ekonomi telah mengundang jemputan lima negara baharu pada sidang kemuncak para pemimpinnya di mana ahli BRICS ialah Arab Saudi, Emiriah Arab Saudi (UAE), Iran, Mesir dan Ethiopia.
Kiyosaki secara konsisten memberi amaran tentang kejatuhan dolar AS susulan beliau yang melihat BTC sebagai aset yang sempurna pada masa hadapan telah menggesa pelabur membuang dolar AS untuk membeli BTC, emas dan perak.