Ekonomi Amerika Syarikat (AS) bakal dinilai oleh pelabur pada minggu ini memandangkan terdapat data-data penting dan laporan pendapatan korporat utama yang bakal memberikan impak terhadap pasaran.
Petunjuk ekonomi utama, termasuk laporan KDNK Q3, indeks harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) dan laporan pekerjaan AS, bakal dikeluarkan.
Kesihatan ekonomi dan potensi trend inflasi dinilai berdasarkan petunjuk tersebut, terutamanya kerana Rizab Persekutuan (Fed) menyasarkan untuk mengimbangi pertumbuhan tanpa mencetuskan inflasi yang tinggi.
Selain itu, tumpuan akan diberikan kepada laporan pendapatan suku ketiga daripada lima gergasi teknologi terkemuka seperti Apple, Microsoft, Alphabet, Amazon dan Meta Platforms.
Prestasi kewangan syarikat “Magnificent Seven” ini dijangka mempengaruhi sentimen pasaran, memandangkan penguasaan mereka dalam sektor teknologi.
Syarikat terkenal seperti Ford, Starbucks, Pfizer dan Exxon Mobil juga akan mengumumkan pendapatan, memberikan pelabur pandangan luas tentang kesihatan korporat.
Minggu ini akan menjadi minggu penting bagi pasaran AS yang menyebabkan para pelabur lebih berhati-hati meneliti petunjuk kestabilan pertumbuhan, tekanan inflasi dan potensi tindak balas Fed untuk penetapan dasar monetari mereka.