Pasaran kripto mencatatkan aliran keluar sebanyak $726 juta di tengah-tengah ketidakpastian untuk berlakunya pengurangan kadar oleh Federal Reserve (Fed) berdasarkan laporan CoinShares.
Aliran keluar mingguan yang berulang dalam pelaburan kripto telah menyamai rekod terbesar sejak Mac 2024.
Tekanan jualan yang berterusan datang sejajar dengan sentimen negatif hasil dorongan oleh pengukuhan data makroekonomi daripada jangkaan di Amerika Syarikat berbanding minggu sebelumnya.
Hal ini juga meningkatkan kemungkinan Fed untuk laksanakan pemotongan kadar faedah sebanyak 25 mata asas.
Selain itu, aliran keluar harian kemudiannya perlahan di tengah-tengah data pekerjaan AS yang lemah dan mencetuskan jangkaan bahawa Fed akan memilih kemungkinan pemotongan kadar 50 mata asas.
Pasaran kini sedang menunggu laporan inflasi Indeks Harga Pengguna (CPI) pada hari Rabu dan mengharapkan pemotongan 50 mata asas berkemungkinan berlaku jika inflasi berada di bawah jangkaan.
Pemotongan kadar lanjut akan menjadi petanda baik untuk aset berisiko seperti kripto bagi memberi peluang kepada pemegang menikmati kos pinjaman yang lebih murah.