Pasaran saham AS kembali meningkat semula pada hari ini selepas pelabur menyaksikan kejatuhan ketara pada indeks utama seperti pada S&P 500 dan NASDAQ.
Penurunan pada indeks ini merupakan kejatuhan yang terburuk yang dicatatkan sejak tahun 2022.
Situasi yang mencetuskan kebimbangan pelabur itu didorong oleh kesan penjualan yang begitu ketara dalam saham teknologi seperti Apple, Microsoft, Meta dan Nvidia.
Sementara itu, indeks DOW JONES pula mencatatkan penurunan sebanyak 500 mata berikutan data PMI Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan bercampur.
Sektor perkhidmatan menunjukkan angka yang positif namun bacaan yang dikeluarkan bagi sektor pengilangan menunjukkan penguncupan.
Tumpuan pasaran pada hari ini akan berfokus ke arah laporan data GDP AS yang akan dikeluarkan pada sesi New York malam nanti.
Laporan yang bakal menjadi tumpuan Federal Reserve (Fed) itu dijangkakan akan memberi impak kepada pasaran saham.
Pada bulan September nanti, berkemungkinan besar pasaran akan menyaksikan Fed membuat pemotongan kadar faedah selepas isyarat yang telah disampaikan oleh Pengerusi Jerome Powell.