Pencen pesara kerajaan bakal meningkat lagi!
Mulai Januari 2026, pesara akan menikmati kenaikan pencen hingga 7%.
Ini merupakan satu lagi langkah besar yang diberikan oleh kerajaan bagi meringankan beban mereka bagi menyara diri dan keluarga.
Kenaikan ini susulan fasa pertama penyesuaian Sistem Penggajian Perkhidmatan Awam (SSPA), yang menyaksikan kenaikan hingga 8% pada Disember lalu.
Fasa kedua, berdasarkan gaji terakhir pesara, akan menawarkan kenaikan 3% untuk kumpulan pengurusan kanan dan 7% untuk kumpulan lain seperti eksekutif, pengurusan dan professional.
Kerajaan juga meneruskan bantuan Pengiktirafan Khas Pesara (PKKP) bagi memastikan pesara menerima pencen lebih tinggi selepas mereka menamatkan perkhidmatan, membantu mereka menangani kenaikan kos sara hidup.
Menurut laporan dari NST, ramai pesara, termasuk penjaga dan mereka yang menghadapi masalah kesihatan, meluahkan rasa terima kasih, menyatakan bahawa kenaikan pencen ini akan memberi kelegaan besar untuk keperluan penting.