“Siapa yang tak pernah tengok 3 projek kripto ini boleh la jenguk-jenguk dulu.”
Pendakian disaksikan harga Bitcoin (BTC) berjaya menyemarakkan naratif artificial intelligence (AI), rantaian layer-2 dan memecoin, oleh itu peningkatan aktiviti pembangunan dalam token AI mungkin menjadi pemangkin yang boleh memacu keuntungan kripto yang bakal disebutkan di bawah.
Penganalisis Santiment menganggap aktiviti pembangunan sebagai metrik utama bagi pertumbuhan projek di kalangan peserta pasaran kripto, di mana projek yang memiliki aktiviti pembangunan tinggi cenderung punyai utiliti lebih tinggi seterusnya memacu penggunaan dan harganya.
Suka dimaklumkan projek AI yang mencatatkan aktiviti pembangunan tertinggi pada Februari 2024 adalah Ocean Protocol (OCEAN), Oraichain (ORAI), The Graph Protocol (GRT), Bittensor (TAO), Fetch.AI (FET), Cortex (CTXC). ), PlatON (LAT), Numerai (NMR) dan Vaiot (VAI).
Baru-baru ini, OCEAN telah melancarkan pelan hala tujunya untuk tahun 2024 dan pada awal Khamis lepas, OCEAN turut menggariskan rancangannya bagi memfokuskan pada bot ramalan berkuasa AI dipanggil Predictoor.
GRT yang berkongsi kemas kini bersama ahli komunitinya telah menurunkan butiran jumlah token GRT yang staked, oleh itu perlu diketahui 2.94 bilion GRT didapati staked pada 26 Februari 2024 dan projek itu sedang bersiap sedia untuk bengkel di acara ETH Denver.
Sungguhpun Render (RNDR) dianggap sebagai token utama dalam naratif AI, TAO telah mengambil alih kedudukan tersebut dengan perkongsian dan perkembangannya yang selaras dengan naratif AI yang makin digembar-gemburkan.
Keuntungan daripada kenaikan harga BTC ke $64,000 mungkin akan berubah menjadi projek yang memiliki kaitan dan utiliti untuk peserta pasaran kripto ditambah pula token AI membina kes penggunaan kukuh susulan tumpuannya pada pasaran ramalan, keselamatan data serta privasi.